Sekarang bukanlah masa untuk kita mencari salah sesiapa ekoran keadaan ekonomi dunia yang mengalamikejatuhan pada hari ini. Tak perlulah kita nak pening-pening fikir ekonomi dunia jika saat ini kita masih tak mampu nak shopping untuk diri sendiri. Apa yang penting, kita perbaiki ekonomi keluarga dan diri sendiri dengan memulakan bisnes online walau tanpa modal. Ada ke bisnes tanpa modal besar???..Jawapannya,Ya, ada.
Ketika ini, semua orang sedang berbisnes online dan berlumba mencari pendapatan sampingan. Dimana jua boleh berurusan jual beli. Banyak kemudahan. Namun, tidak semua produk boleh dijual dalam keadaan ekonomi sekarang. Namun, masyarakat hari ini sangat berhati-hati dalam membeli dan memilih produk yang hanya diperlukan sahaja. Kebanyakan mereka dari golongan suri rumah dan telah berhenti kerja.
Generasi sekarang adalah generasi bijak pandai. Bijak menggunakan media sosial dalam menjana pendapatan sampingan. Manfaatkan zaman teknologi yang boleh memberi pulangan kepada kita.
0 comments