7 Punca Kulit Berminyak Yang Popular Bagi Orang Malaysia
- Tuesday, October 31, 2017
- By Alieyna
- 0 Comments
Anda risau dengan kulit wajah yang berminyak? Ketahuilah bahawasanya kulit berminyak dihasilkan oleh kelenjar minyak secara berlebihan. Kulit berminyak boleh membuatkan seseorang hilang keyakinan diri kerana penampilan yang tidak menarik. Namun, mudah dijangkiti kuman dan memerangkap kotoran seperti debu yang akhirnya menyebabkan pertumbuhan jerawat dan kulit menjadi kusam. Jom, kita lihat apa puncanya.
Ketidakstabilan Hormon
Wanita biasanya mengalami perubahan hormon apabila menstruasi, hamil dan menopaus. Perubahan ini akan menghasilkan minyak yang berlebihan di bawah kulit.
Faktor Genetik / Keturunan
Merupakan satu faktor yangb tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi. Cuba perhatikan wajah kedua ibu bapa dan adik-beradik yang lain sama ada berminyak atau tidak. Jika ya, ia adalah faktor genetik.
Cuaca
Satu-satunya faktor yang dapat meningkatkan penghasilan minyak yang banyak apabila suhu cuaca meningkat. Namun ia tidak berkekalan lama dan masih boleh diatasi dengan mudah.
Kosmetik
Wanita dan kosmetik ibarat irama dan lagu, tidak boleh dipisahkan. Dalam membuat pilihan kosmetik, anda perlu berhati-hati kerana dibimbangi mengandungi bahan-bahan kimia yang terlarang dan kandungannya yang berlebihan. Jika kosmetik tersebut tidak serasi dengan kulit anda, pelbagai masalah akan timbul seperti kulit berminyak, iritasi, dan kulit akan jadi lebih sensitif.
Stress/ Tekanan
Semua orang mengalami stres. Stres bukan sahaja mempengaruhi kesihatan tubuh, tetapi juga kesihatan kulit sehingga minyak yang dihasilkan berlebihan. Oleh itu, tidak hairanlah jika individuyang mengalami stres wajahnya akan kelihatan kusam dan tidak berseri.
Ubat-ubatan
Kulit berminyak mungkin juga berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan yang mana anda berada dalam pemantauan doktor dan terpaksa mengambil ubat-ubat tersebut.
Makanan Berminyak/ Berlemak
Pengambilan makanan yang berminyak atau berlemak boleh menyebabkan berlakunya penimbunan lemak dibawah kulit. Lemak dibawah kulit akan meransang lebihan minyak sehingga minyak dirembeskan di kulit muka.
Oleh itu, masalah kulit berminyak mestilah cepat diatasi bagi mengelakkan timbulnya masalah lain.
Pengalaman saya sendiri yang dulunya kulit muka berminyak. Amat merimaskan bila mengenakan krim atau solekan kerana ia akan kelihatan berkilat dan bercapuk jika berpeluh serta melekit-lekit. Tetapi,sekarang bebas dari minyak, namun kulit muka tidak kering,malah, lembab.
Apa rahsia saya???..hihi..Jika anda nak tahu detail, boleh whatsapp saya, Lina; 0182844892.
0 comments