Kenali Jenis Kulit dan Masalah Kulit Anda
- Friday, December 15, 2017
- By Alieyna
- 0 Comments
Setiap individu mempunyai jenis kulit dan masalah kulit yang berbeza. Masalah ini akan menimbulkan pelbagai kesan kepada individu yang mengalaminya. Oleh itu, amat penting untuk kita kenali masalah wajah terlebih dahulu sebelum memilih produk.
KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya mempunyai liang pori yang besar, mudah berjerawat dan timbulnya bintik hitam terutamanya di bahagian hidung. Hal ini kerana kerana kelenjar minyak terlalu aktif dan menghasilkan sebum yang berlebihan. Oleh itu, liang pori kulit menjadi besar dan mudah tersumbat. Maka, muncullah tetamu yang tidak di undang seperti bintik hitam, liang pori yang makin besar dan jangkitan kulat.
KULIT KERING & SENSITIF
Bukan sahaja kulit berminyak, malah, kulit kering juga menjadi punca timbulnya jerawat. Apabila kulit kering , ia akan lebih sensitif terhadap ransangan luaran. Lipid pada permukaan kulit tidak dapat berfungsi dengan baik. Ransangan luaran akan menembusi jauh ke dalam kulit menyebabkannya semakin menjadi lemah dan mengelupas. Kesannya, kulit menjadi berbelak-belak, mengalami keradangan dan sakit apabila disentuh.
TONA KULIT TAK SEKATA
Tona kulit tak sekata adalah masalah biasa yang dihadapi oleh setiap individu dan sememangnya sangat mengganggu penampilan seseorang individu. Kulit akan lebih kusam dan tidak bermaya serta nampak lebih tua dan tidak sihat.Kekurangan tidur, tekanan, kurang kolagen dan penjagaan kulit yang tidak teratur adalah faktor utama masalah ini.
PENUAAN KULIT/ KEDUTAN/ KULIT KENDUR/ GARISAN HALUS
PENUAAN KULIT/ KEDUTAN/ KULIT KENDUR/ GARISAN HALUS
Penuaan akan menjadikan kulit kita semakin nipis dan kering. Faktor yang sering dikaitkan dengan penuaan biasanya faktor usia. Namun, terdapat faktor lain yang menyebabkan garis halus dan kedutan terjadi adalah pendedahan kepada cahaya matahari dan sinaran uv yang berbahaya dalam tempoh jangka panjang. Oleh itu, kulit akan menjadi kendur, kusam dan tidak lagi anjal.
JERAWAT
Sesiapa sahaja mengalami masalah jerawat tidak kira peringkat umur dan amat membimbangkan. Punca utama masalah ini disebabkan ransangan hormon yang menghasilkan sebum yang berlebihan. Sebum yang berlebihan akan menggalakkan pertumbuhan kuman sekaligus menyebabkan liang pori tersumbat. Ia akan meninggalkan kesan pada wajah dengan tanda kemerahan, kulit menjadi sensitif, dan parut yang amat digeruni.
PARUT
Pelbagai sebab boleh menyebabkan parut. Salah satu sebab terjadinya parut adalah luka atau kecederaan pada kulit semasa dalam proses pemulihan. Perut jerawat pada wajah adalah disebabkan oleh jerawat yang tidak dirawat pada peringkat awal. Ekoran itu, akan berlaku perubahan warna lalu meninggalkan tanda atau parut pada kulit ketika kulit dalam proses memulih. Ia sama ada akan menjadi parut kekal, kulit berlekuk atau berlubang dan tanda hitam pada wajah.
OIL SEEDS/ MILIA
Ia sering terjadi pada lelaki dan perempuan terutamanya bagi yang merokok atau tidue lewat malam. Penggunaan produk kecantikan berasaskan minyak seperti pelembab dan krim mata yang kerap boleh menyebabkan pertumbuhan oil seed. Wajah alan menjadi kelihatan hodoh dan parut kerana penjagaan yang tidak mahir.
JERAGAT/ PIGMENTASI
Terdapat pelbagai jenis jeragat seperti bercak-cak hitam, bintik usia, tompok penuaan yang menyebabkan kulit kelihatan tidak sekata. Puncanya adalah kerana penghasilan melanin yang berlebihan akibat pendedahan sinaran uv yang keterlaluan sehingga merosakkan kulit.
LINGKARAN HITAM PADA MATA
Lingkaran hitam atau dikenali sebagai mata panda disebabkan oleh hiperpigmentasi, akobat menggosok mata dengan kerap, pendedahan kepada cahaya matahari atau genetik. Alkohol juga boleh menjadi punca masalah ini.
Anda mengalami masalah seperti saya nyatakn di atas? Jika YA, anda mesti cepat bertindak dan pastikan pilihan anda tepat... Bagaimana??? Hubungi saya atau whatsapp saya; 0182844892
0 comments