Cara Mengatasi Sakit Senggugut Dengan Cepat dan Berkesan
- Sunday, March 14, 2021
- By Alieyna
- 0 Comments
Setiap wanita mempunyai sifat biologi yang berbeza. Namun, masalah ini tetap dihadapi oleh semua wanita tanpa mengira remaja atau dewasa.
Ia boleh memberi kesan negatif dan mengganggu aktiviti harian jika tidak diatasi dengan cepat. Amat menyakitkan bila tiba giliran haid jalankan tugasnya.
Ketahui apa itu senggugut dan faktornya. Ikuti saya untuk ketahui cara mengatasinya dengan cepat dan berkesan.
Apa itu senggugut?
Senggugut (Menstrual Cramps / dysmernorrhea) adalah denyutan atau kekejangan yang menyakitkan di bahagian abdomen. Kebanyakan wanita atau remaja akan mengalami senggugut beberapa hari sebelum atau semasa haid.
Faktor / Jenis Senggugut
Senggugut boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:-- Senggugut Primer
- Senggugut Sekunder
1. Senggugut primer
Kesakitan biasa yang dialami ketika datang bulan akibat berlakunya pengecutan rahim. Senggugut ini biasanya terjadi kepada remaja yang belum berkahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua di awal kedatangan haid. Anda adalah subur.
2.Senggugut sekunder
Senggugut ini biasanya disebabkan wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan didalam perut. Atau disebabkan senggugut yang datang pada lewat usia dan ia berlanjutan sepanjang kedatangan haid. ia juga berkait rapat dengan penyakit organik seperti penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari.
Punca lain seperti tumor serta tumbesaran yang tidak normal, kanser rahim dan jangkitan pada pelviks.
Tanda-tanda senggugut sekunder
Berikut adalah tanda-tanda yang mungkin dialami oleh seseorang wanita itu:-
- Haid tidak teratur
- kesakitan ketika melakukan seks
- Sakit kepala, Pening, letih, sakit belakang
- Loya dan muntah, cirit birit
- kesakitan antara haid
- Lelehan dari faraj
- Pendarahan yang banyak
Cara Mengatasi Senggugut
- Minum air suam secukupnya. Ketika datang bulan, kita kehilangan banyak kandungan air dalam badan yang menyebabkan perut kejang dan kembung. oleh itu, banyakkan minum air 2-3 liter sehari. minumlah air suam dan bukannya air sejuk.
- Bersenam atau berolahraga boleh membantu tubuh melepaskan hormon endorphins yang dapat mengurangkan gejala cramp dlm perut. Gerakan seperti jogging, yoga dan jalan kaki boleh membantu gerakan otot di bahagian otot sekaligus mengurangkan rasa sakit.
- Elakkan kopi dan minuman bergas. Minuman ini boleh meningkatkan kadar tekanan darah dan kafein yang ada dalam kopi boleh menjadi punca cramp di bahagian perut. Ia sangat tajam dan dibimbangi usus anda makin nipis.
- Aroma terapi. Pilihlah wangian seperti lavender yang boleh memberikan ketenangan dan suasana yang rileks. Lupakan seketika kesakitan yang anda alami.
- Salmon. Ikan salmon, salah satu makanan protein yang boleh mengurangkan krem perut kerana kandungan omega 3 nya yang tinggi. Di samping itu mengurangkan rasa panas dalam perut.
- Dark chocolate. Pilihlah coklat yang mengandungi 70% koko kerana mampu membuat otot-otot tubuh terutamanya dibahagian perut lebih rilek.
Jika kesakitan berterusan, anda dinasihatkan segera berjumpa doktor pakarsakit puan atau Pakar Ginekologi bagi memastikan tahap kesakitan anda.
Realitinya senggugut boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi dari segi fizikal dan mental. Dari aspek fizikal seperti ketidaksuburan (infertility) yang menyebabkan seseorang wanita susah hamil. Manakala, aspek mental pula, menyebabkan tekanan emosi, stress dan juga gangguan tidur. Lazimnya, rahim adalah antara aset berharga bagi wanita yang perlu dijaga dengan rapi dan dipelihara kesihatannya.
Antara vitamin cadangan untuk masalah senggugut anda
GLA Complex
Membantu menstabilkan paras hormon di dalam badan terutama hormon prostaglandir yang terhasil ketika haid.
BComplex
Mengandungi B6 & asid folik yang membantu untuk mengatasi senggugut, kawal emosi dan tekanan.
Ostematrix
kaya dengan sumber kalsium dan magnesium yang membantu mengatasi simptom PMS, kekejangan otot rahim kerana penuyusutan kalsium yang berlaku ketika haid.
Testimoni
Bagaimana untuk mendapatkan set terbaik senggugut?
Saya adalah pengedar sah shaklee disekitar anda. Anda boleh hubungi saya melalui whatsapp di 018 284 4892 untuk mendapatkan konsultasi yang tepat dan pilihan supplement yang menepati bajet anda. Sila klik butang dibawah;